PENGETUA
BERKUALITI SEBAGAI PENERAJU KE ARAH SEKOLAH BERKESAN.
Pengetua perlu melaksana 8 tanggungjawab teras pada setiap masa. Di
antaranya ia lah seperti berikut:-
1. Pengurusan Kurikulum.
2. Pengurusan ko-kurikulum.
3. Pengurusan Hal Ehwal Murid.
4. Pengurusan Pejabat.
5. Pengurusan Kewangan.
6. Pengurusan Staf.
7. Pengurusan Fizikal dan Kemudahan Sekolah.
8. Pengurusan komuniti.
Oleh itu pengetua perlu menyedari dan menghayati peranan sebagai seorang
pengetua. Di antara peranan yang boleh dilaksana ia lah sebagai
pemimpin,fasilitator, motivator, pengurus, penyelesai masalah, perancang,
penyelia, pemantau, pengelola, penilai dan seumpamanya. Pengetua perlu membuat
refleksi peranan dan tindakan terhadap 8 aspek pengurusan. Kemudian membuat
penilaian tahap KPI dan tahap kepuasan pelanggan terhadap pelaksanaan
pengurusan tersebut. Pengetua sebagai pemimpin berkualiti menggunakan formula
5W dan 2H (what, why, who, when, where, how dan how long) apabila melaksana
pentadbiran, mengurus dan memimpin surbodinat.
Pengetua mesti melaksana penilaian dan penarafan pengurusan sekolah
berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. SKPM-Sekolah
diperihalkan dalam 12 elemen dan dikelompokkan ke dalam empat dimensi seperti
berikut:-
DIMENSI I : HALA
TUJU KEPEMIMPINAN.
Elemen 1 :
Visi dan Misi.
Elemen 2 :
Kepemimpinan.
DIMENSI II :
PENGURUSAN ORGANISASI.
Elemen 3 : Struktur Organisasi.
Elemen 4 : Perancangan.
Elemen 5 :
Iklim.
Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber.
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat.
DIMENSI III :
PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN.
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Ko-Kurikulum
dan Hal Ehwal Murid.
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran.
Elemen 10 :
Pembangunan Sahsiah Murid.
Elemen 11 :
Penilaian Pencapaian Murid.
DIMENSI IV :
KEMENJADIAN MURID.
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
Ko-Kurikulum dan Sahsiah.
Tiga elemen penting yang perlu ada pada seseorang pengetua untuk menjadi
pengetua berkualitiia lah seperti
berikut:-
1. Extra Mind - Kebijaksanaan menyelesai masalah dan membuat keputusan.
2. Extra Might – Kekuatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan komitmen.
3.
Extra
Mile – High Performence Speed dan High Performence Work Culture dalam
merancang,
mengelola, melaksana, mengawal, memantau dan
menilai.
Tiga elemen ini
perlu kepada elemen sokongan seperti kekuatan rohani, jasmani, pantauan emosi
dan ilmu pengetahuan.Pengetua berkualiti perlu mempunyai kejelasan hala tuju
kepemimpinannya. Maka perlu ada matlamat, visi dan misi. Membina kekuatan dalaman untuk berubah.Muncul
sebagai insan luar biasa, bagus dan hebat sekali melalui kekuatan minda serta
berguna untuk diri sendiri dan orang lain.
Pengetua berkualiti
perlu mempunyai objektif diri sendiri untuk menjadi pemangkin kecemerlangan
dengan mendorong diri sendiri menjadi orang baru yang sanggup menerima
perubahan.Berkeupayaan membentuk motivasi diri untuk meningkatkan profesionalisme.Menjadi
berbeza daripada sebelumnya dan membina keakraban demi kecemerlangan sekolah.
Kepemimpinan pengetua akan mengarca 5 situasi sekolah.
5 situasi sekolah.
1.
Sekolah
Bergerak (Moving School).
·
Menggalakkan
kemajuan dan perkembangan murid.
·
Bekerja bersama ke arah
perubahan dan terus berkembang.
·
Matlamat sekolah jelas,
memmilikki semangat, kekuatan dan kemahiran untuk menjadi sekolah berkesan.
2.
Sekolah
Mengekal Prestasi (Cruising School).
·
Mengambarkan
kualiti keberkesanan sekolah.
·
Lazimnya terletak di
kawasan-kawasan mewah.
·
Murid-murid menunjukkan
pencapaian tanpa kebergantungan kepada kualiti pembelajaran.
·
Tidak menyediakan
murid-murid untuk menghadapi dunia yang berubah dan lebih selesa mempertahan
status sedia ada.
3. Sekolah Berkembang Sederhana (Strolling School).
·
Berada pada tahap di
antara berkesan dan tidak berkesan.
·
Bergerak perlahan untuk
meningkatkan perubahan.
·
Matlamat yang kurang
jelas dan kekadang bercanggah serta membawa kesan negatif kepada peningkatan
kemajuan sekolah.
4. Sekolah Merangkak (Struggling School).
·
Di ketahui umum tidak
berkesan.
·
Masa dan tenaga
digunakan untuk menyelesaikan masalah.
·
Kepakaran tidak diguna
secara effektif dan sentiasa berusaha dan mencuba pelbagai pendekatan kaidah.
·
Sekolah ini akhirnya
akan berjaya.
5. Sekolah Tenggelam (Sinking School).
·
Tidak berkesan dan
dihantui oleh pelbagai masalah.
·
Staf tidak produktif
dan tidak boleh berubah.
·
Sekolah ini di kawasan
terpinggir dan tidak dipedulikan.
·
Memerlukan sokongan
yang dramatik dengan sokongan penuh semua pihak.
Faktor-Faktor Mempengaruhi Kemajuan Sekolah.
1.
Kesesuaian kepemimpinan
pengetua.
2.
Kesungguhan guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
3.
Kesediaan murid hendak
belajar.
4.
Keadaan fizikal dan
infrastruktur sekolah yang lengkap dan kodusif.
5.
Sokongan ibubapa dan
komuniti setempat.
No comments:
Post a Comment