KEPIMPINAN DALAM
ISLAM
SINOPSIS.
Kertas
kerja ini cuba
menghuraikan beberapa aspek asas ciri kepimpinan konvensional dan ciri
kepimpinan Islam. Terdapat pelbagai pandangan sarjana
sains sosial dan pemikir Islam mengenai ciri-ciri kepimpinan yang berkesan.
Para sarjana sains sosial mengandaikan bahawa kejayaan seseorang pemimpin untuk
mencapai matlamat kepimpinannya bergantung kepada stail kepimpinan dan
keupayaan seseorang pemimpin itu menggunakan kuasa, pengaruh dan kewibawaan
bagi menarik sokongan pengikutnya. Kepimpinan itu dikatakan berjaya jika dapat
mencapai matlamat dan dapat memenuhi aspirasi orang yang dipimpin. Dalam
tassawur Islam, kepimpinan itu dikatakan berjaya mencapai matlamat seandainya
ciri kepimpinan itu dapat merealisasikan cara hidup (ways of life) yang
akhirnya membawa kepada keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan di
akhirat.
MUKADIMMAH.
Pelajar akan menjadi aset penting masa depan negara.
Pelajar yang belajar di sekolah kini harus memiliki serta menghayati ciri-ciri
berikut:-
a. Percaya kepada Tuhan.
b. Berilmu pengetahuan.
c. Bertanggongjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
d. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
e. Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu.
(Datuk Dr. Wan Zaid Mohd Noordin; Kertas kerja Reformasi Pendidikan Dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Strategi, Cabaran dan Harapan,Dalam Gerakan Dakwah Dan Orde Islam Malaysia: Strategi Masa Depan, ABIM, 1993, m.s 57).
Di kalangan pelajar-pelajar ini pada suatu hari nanti
akan menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang. Dengan itu pelajar-pelajar
diharapkan dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang
sempurna dan akhlak yang mulia. Wajah masa depan negara akan bertambah maju dan
makmur jika generasi pelajar hari ini dibekalkan dengan Tarbiyyah Islami yang
syumul.
KONSEP KEPIMPINAN KONVENSIONAL.
Para sarjana sains sosial telah membuat kajian tentang
tingkahlaku pemimpin dalam pelbagai organisasi sosial masa lampau dan kini.
’Kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh. Satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama’
( Kootz, Harold dan O’Donnel; Management
System and Contigency Analysis of Managerial Functions, McGraw-Hill, New York,
1976, m.s 587).
‘Kepimpinan dapat dilihat sebagai proses
interaksi di antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan
keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dalam
proses interaksi ini boleh dianggap
memegang watak-watak tertentu
yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Asas yang membezakan tadi ia lah
pengaruh, ia itu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mentaati atau akur’
(Gorden, Thomas;
Group-Centered Leaderships, Houghton Mifflin,
New York, 1955, m.s 51).
New York, 1955, m.s 51).
‘Kepimpinan adalah satu proses pengaruh
mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun
pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung
kepada pujukan daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian
pengaruh yang bersifat dua arah, dan tujuan utama ia lah untuk menmcapai matlamat
bersama. Jadi, kepimpinan bukan hanya tanggongjawab pemimpin tetap memerlukan
usaha kerjasama daripada pengikiut-pengikut’.
(Hollander, Edwin P; Leaderships Dynamics, Free Press, New York, 1978,
m.s 1-2).
‘Kepimpinan dapat
dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan usaha
yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara sukarela bagi
mencapai matlamat bersama’.
(Gribbon, James J; Effective Managerial
Leadership,
American Management Association,New York, 1972,m.s 9).
American Management Association,New York, 1972,m.s 9).
Secara
umumnya dapatlah dikatakan bahawa kepimpinan mempunyai perkaitan dengan
keseluruhan aktiviti organisasi serta
mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa, pengaruh dan kewibawaan. Kuasa, pengaruh
dan kewibawaan pemimpin membantunya merancang, menyusun dan menentukan matlamat
ke arah mencapai matlamat yang dirancang. Pemimpin mesti berkebolehan
mempengaruhi pengikut secara berterusan. Gelagat kepimpinan hendaklah
disesuaikan dengan keadaan persekitaran.
Pemimpin
mesti mempunyai keupayaan memujuk supaya pengikut berusaha ke arah pencapaian
matlamat. Kepimpinan yang dinamik, inovatif dan kreatif akan menghasilkan
prestasi kerja dan mutu perkhidmatan yang cemerlang. Undang-Undang dan peraturan hanya menjadi alat asas mengawal perlakuan
pengikut agar berusaha mencapai matlamat organisasi dan negara.
’Kepimpinan dapat didefinisi sebagai kejayaan seseorang memimpin orang lain untuk melaksanakan satu-satu kerja ke arah pencapaian satu-satu objektif atau matlamat’.
(Ahmad Atory
Hussain; Tingkah Laku Organisasi Dalam Pengurusan Moden,
DBP,1986, m.s 133).
DBP,1986, m.s 133).
Pada diri pemimpin itu ada beberapa komponen kepimpinan. Komponen-komponen yang harus ada pada seseorang pemimpin, antaranya:-
a. Sifat-Sifat peribadi.
b. Gaya pimpinannya.
c. Keadaan atau bentuk pekerjaannya.
d. Keperluan pengikut-pengikutnya.
(Ahmad Atiory Hussain, ibid, m.s 133).
‘Pimpinan akan
menentukan sejauh mana pengaruh, kuasa dan kewibawaan memainkan peranan
sepenuhnya. Seseorang pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang berpengaruh,
mempunyai kuasa di dalam lingkungan pangkat atau status dan kewibawaan’
(Ahmad Atory Hussain, ibid, m.s 139).
KONSEP
KEPIMPINAN ISLAM.
Islam
mengakui dan mengiktiraf tentang perlu adanya pemimpin dalam setiap sistem
sosial seperti keluarga, komuniti, oraganisasi dan negara.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud;
‘Setiap kamu adalah pemimpin dan mestilah
bertanggongjawab di atas kepimpinan kamu. Seseorang pemimpin (Ketua) yang
memimpin orang ramai adalah bertanggongjawab di atas kepimpinannya. Isteri
adalah pemimpin dan bertanggongjawab dalam urusan rumahtangga suaminya. Anak
bertanggongjawab ke atas harta bapanya. Hamba bertanggongjawab atas harta
tuannya. Ketahuilah , sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan
bertanggongjawab ke atas pimpinan kamu’.
(Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan
hadith tersebut bahawa setiap individu diberi tanggogjawab di dalam
menggendalikan segala urusan dan pentadbiran. Manusia adalah wakil Allah SWT
(Khalifah Fil Ardhi) di bumi bertanggongjawab untuk mengatur, mentadbir dan
memimpin segala urusan hidup manusia.
Setiap
pemimpin Islam yang diberi kuasa, pengaruh dan kewibawaan semestinya
melaksanakan amanah kepimpinan seperti yang digariskan oleh AlQuran, hadith dan
ijmak ulama. Pemimpin Islam mesti berusaha memakmur, menegak keadilan serta
berkesungguhan berusaha mempertingkatkan ketinggian nilai dan martabat manusia
ke arah kesempurnaan sebagai makhluk Allah SWT yang dimuliakan di muka bumi.
Ada beberapa istilah
yang biasanya terdapat di dalam Al-Quran mengenai pemimpin dalam sistem sosial
sama ada secara semulajadi atau dilantik yang menentukan corak kepimpinan umat
Islam. Di antaranya ia lah:-
a. Imam/Imamah (Penunjuk jalan atau memimpin).
b. Khalifah (Pentadbir dan wakil Allah SWT di bumi).
c. Amir Al-Mukminin (Ketua Negara Islam atau Pemerintah Islam).
d. Uli Al-Amri (Orang yang berkuasa).
e. Mursyid (Penunjuk).
f. Syeikh (Ketua).
g. Murabbi (Pendidik).
a. Imam/Imamah (Penunjuk jalan atau memimpin).
b. Khalifah (Pentadbir dan wakil Allah SWT di bumi).
c. Amir Al-Mukminin (Ketua Negara Islam atau Pemerintah Islam).
d. Uli Al-Amri (Orang yang berkuasa).
e. Mursyid (Penunjuk).
f. Syeikh (Ketua).
g. Murabbi (Pendidik).
Kepimpinan Islam semestinya dijuruskan kepada
peranan-peranan berikut:-
a. Islah (Memperbaiki) masyarakat.
b. Berusaha menegakkan Islam sebagai Addin (Ways of life).
c. Sentiasa menjaga kerahmatul-insan (Nilai kemanusiaan).
d. Memakmur bumi Allah SWT.
e. Menjalankan urusan amal makruf nahi mungkar.
(Mohd Amin Salih; Kertas kerja Kepimpinan Menurut Pandangan Islam, Dalam: Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan Dalam Islam, INTAN, 1991, m.s 102-105).
Matlamat utama kepimpinan seorang pemimpin Islam ia lah:-
a. Untuk pengabdian dan perhambaan diri kepada Allah SWT.
b. Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
c. Untuk mencapai kesempurnaan akhlak yang mulia (Insanul Kamil).
d. Untuk menyeru kepada perbuatan yang baik dan mencegah kejahatan (Amal makruf, nahi mungkar).
e. Untuk mencapai kebahagiaan, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatan manusia sejagat di dunia dan akhirat.
(Mohd Amin Salih; Ibid, m.s 105-106).
a. Untuk pengabdian dan perhambaan diri kepada Allah SWT.
b. Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
c. Untuk mencapai kesempurnaan akhlak yang mulia (Insanul Kamil).
d. Untuk menyeru kepada perbuatan yang baik dan mencegah kejahatan (Amal makruf, nahi mungkar).
e. Untuk mencapai kebahagiaan, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatan manusia sejagat di dunia dan akhirat.
(Mohd Amin Salih; Ibid, m.s 105-106).
Pemimpin dan kepimpinan hendaklah diamanahkan kepada orang yang sebenarnya beriman kepada Allah
SWT, beamal soleh serta disusuli dengan kecerdasan akal yang mampu mengimbangi
antara keperluan rohani, intelek, emosi dan jasmani untuk kebahagiaan dan
kesejahteraan serta keselamatan duniawi
dan ukhrawi.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:-
’Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran’. Sahabat bertanya,’Bagaimanakah mensia-siakan? ’ Rasulullah SAW menjawab,’Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya’.
( Hadith riwayat Bukhari).
’Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di anatara manusia,
(Allah menyuruh)
kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (Suruhan Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu.Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat. Wahai
orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada Uli-Amri (Orang-orang berkuasa) daripada kalangan
kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul Nya,
jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya’.
(Surah
An-Nisa, ayat 58-59).
CIRI-CIRI KEPIMPINAN.
1. Pemimpin Islam
mesti mempunyai ciri kepimpinan berteraskan kepada Al-Quran, hadith dan ijmak ulama. Sifat utama kepimpinan Islam ia lah sifat mukmin. Di antara sifat
utama kepimpinan yang bersifat
mukmin ia lah Siddiq, Amanah, Tabliq dan Fatonah.
’Wahai
orang-orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali Kebencian kamu terhadap sesuatu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa
jua) kerana sikap adil itu hampir kepada takwa.
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui denganmendalam
akan apa yang kamu lakukan. Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman dan
beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar’.
(Surah Al-Maidah, ayat 8-9).
’Allah
menjanjikan orang-orang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (WahaiUmat
Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka Khalifah-Khaliafah yang memegang kuasa
pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum
mereka Khalifah-Khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Agama Islam) yang telah diredhai Nya untuk
mereka; Ia juga
akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan ( dari
ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu
yang lain dengan Ku. Dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar sesuatu itu, maka mereka
itulah orang-orang yang durhaka’.
(Surah
An-Nur, ayat 55).
2. Seseorang
pemimpin Islam mesti mempunyai ciri kepimpinan berlandaskan akhlak yang mulia.Beberapa tokoh pemikir Islam telah
merumuskan beberapa kriteria yang sepatutnya ada dan dimiliki oleh seseorang pemimpin Islam.
a. AL
FARABI.
·
Kesempurnaan anggota
tubuh.
·
Pengetahuan yang luas.
·
Menunai apa yang
dikata.
·
Kesempurnaan ingatan.
·
Berkebolehan
menyampaikan sesuatu pendapat dengan benar dan bernas.
·
Menghindari permainan
percuma dan sia-sia (Politik kotor).
·
Mengawal hawa nafsu.
·
Bersikap adil tanpa
paksaan.
·
Berani kerana benar dan
takut melakukan kesalahan.
·
Mempunyai kekayaan
sekadar untuk keperluan tanggongjawab diri.
b. IBNU KHALDUN.
·
Suka memaaf kesalahan
yang tidak melanggari syariat Islam.
·
Suka melindungi pihak
yang lemah dan miskin serta fakir.
·
Menghormati tokoh
agama, ulama dan orang yang berumur.
·
Suka mendengar teguran
yang membina.
·
Berpengetahuan luas
tentang selok- belok pemerintahan.
·
Berkeupayaan
menggunakan kuasa dan pengaruh kepada pegawai, ketua atau wakil
kerajaan dengan
baik.
·
Melantik orang yang
layak dan berkebolehan sebagai wakil kerajaan.
·
Hidup dengan gaya hidup
sederhana.
c. AL GHAZALI.
·
Mempunyai daya intelek
yang tajam (kemahiran berfikir).
·
Berpengetahuan dan
berfungsi (pemikiran strategik).
·
Berdiplomasi dan
berpandangan jauh serta tegas.
·
Berwawasan dan memahami
aspek pemerintahan.
·
Berwibawa menentukan
semua pegawai kerajaan bekerja dengan tekun dan sempurna.
(Mohd Amin Salih; Ibid, m.s 110-111)
RUMUSAN.
Ciri-ciri kepimpinan dalam Islam dapat dirumuskan kepada
tiga aspek yang utama ia itu:-
1. Tanggongjawab/Amanah.
2. Sikap
3. Perawakan dan peribadi.
1. Tanggongjawab/Amanah.
2. Sikap
3. Perawakan dan peribadi.
Tanggongjawab/Amanah.
- Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia, bekerja dengan penuh minat, berdisiplin dan dedikasi.
- Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan tugas dan perkhidmatan serta tidak mementing diri sendiri.
- Sentiasa meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi serta bekerja dengan cemerlang.
- Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan serta tegas dalam melaksanakan amanah dan tanggongjawab kerja dan perkhidmatan.
Sikap.
- Mempunyai sikap sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling serta berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan alam sekeliling.
- Sentiasa bersikap positif dan bertanggongjawab.
- Mewujudkan budaya ’reflective rationality’ di samping ’technical rationality’.
- Berfikiran terbuka (open minded) dan sedia menerima teguran membina dari semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
- Sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada masalah yang dihadapi oleh orang bawahan atau rakyat.
- Tidak mementing diri, keluarga dan sahabat handai sahaja.
- Sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat. Baik pihak atasan atau pun rakan sejawat di bawahnya.
Perwatakan
dan Peribadi.
- Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perawakan yang baik, warak, tawadduk dan takwa.
- Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.
- Menangani segala masalah dengan bijaksana serta menangani nafsu yang buruk.
- Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semua bidang.
- Memiliki kepakaran dam bidang pengurusan pentadbiran dan pengurusan projek.
- Berusaha menjaga hubungan baik bagi setiap pekerja dan golongan rakyat.
- Beriman, bertakwa dan ehsan untuk menggelakkan sikap takbur dan bongkak atau meninggi diri.
RUJUKAN:
1.
Al-Quran dan Hadith
(Terjemahan).
2.
Ahmad Atory Hussain;
Tingkah Laku Organisasi Dalam Pengurusan Moden, DBP, 1986.
3.
Gerakan Dakwah dan Orde
Islam Di Malaysia: Strategi Masa Depan; ABIM, 1993.
4.
Gordon,
Thomas; Group-Centered Leaderships, Houghton Mifflin, New York,
1955.
5.
Gribbon,
James J; Effective Managerial Leadership; American Management Association, New York, 1972.
6.
Hollander, Edwin P; Leadership Dynamics, Free
Press, New York,
1978.
7.
Kecemerlangan
Pentadbiran : Dasar dan Amalan Dalam Islam; INTAN, 1991.
8.
Kootz,
Harold dan O’Donnel : Management system And Contigency Analysis of Managerial
Functions; McGraw-Hill, New York, Edisi ke-6, 1976.
No comments:
Post a Comment