Tntang Saya

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Wednesday 16 January 2013

KUCARWAKYOH

PRU ke 13 akan berlangsung tidak lama lagi. Seawalnya selepas Tahun Baru Cina. Suasana politik seluruh negara berada dalam keadaan agak panas. Pertembongan di antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat dijangka agak sengit. Pelbagai isu telah diketengahkan oleh parti-parti tersebut. Persoalan utama sekarang adakah Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang akan dapat mengekal kuasa atau kuasa akan diganti oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Persepsi sekarang berlegar disekitar pendapat umum tentang peningkatan sokongan orang Cina di Bandar dan sokongan Orang Melayu di luarbandar yang cenderong untuk menyokong Pakatan Rakyat. Pengundi yang terdiri dari orang muda juga berpihak kepada Pakatan Rakyat.Kerjasama Parti Keadilan, DAP dan PAS di bawah gabungan Pakatan Rakyat menjadikan mobilisasi rakyat lebih cenderong menyokong Pakatan Rakyat.Apakah kedudukan Barisan Nasional meskipun kelihatan agak selesa akan bertukar menjadi mimpi ngeri.Apakah setelah 55 tahun memerintah Malaysia Barisan Nasional akan hancur berderai seperti kaca jatuh ke batu.

Realitinya mungkin tidak sama dengan persepsi.Dari segi realiti Barisan Nasional mempunyai lebih banyak peluang untuk mempengaruhi pendapat umum itu berbanding Pakatan Rakyat.Keupayaan jentera Kerajaan Barisan Nasional umumnya diketahui amat kuat dan mantap.Penggunaan media massa seperti TV dan media cetak dan media Sosial dapat digunakan secara maksimum. Media ini telah berperanan mempengaruhi pendapat umum.Walaupun begitu keadan semasa telah berubah. Peningkatan taraf pendidikan rakyat telah menyebabkan usaha itu menjadi situasi semasa bertambah hangat dengan pelbagai isu baru yang dilontar oleh media kerajaan dan menjadi polemik dikalangan rakyat yang berminat dengan isu itu.Isu-Isu lama dikitar semula seperti Amanat Haji Hadi, Hukum Hudud, Kalimah Allah di dalam Bible dikalangan umat Islam dan Isu pendidikan Cina dikalangan orang Cina serta isu berkaitan janji kemakmuran ekonomi untuk masyarakat India yang majoritinya masih dilingkari kemiskinan.Pelbagai isu berlegar diruang udara Malaysia dam meniti dari bibir ke bibir rakyat. Apa pun PRU Ke 13 akan menlenyapkan semua isu yang direkayasa itu.

Pakatan Rakyat telah menawarkan berapa janji seperti menurunkan harga minyak, menurukan harga barang, menghapuskan pinjaman PTPN, menurunkan harga kereta, 20% royalti minyak bagi negeri yang menjadi pengeluar minyak, menurunkan harga kereta, melupus Tol dan banyak lagi tawaran yang memang enak didengar dan yang sekarang ini sangat diingini oleh rakyat. Walau apa pun Barisan Nasional telah membuat transformasi dan mempengaruhi serta memujuk rakyat dengan BRIM, Klinik 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia, Menaikkan gaji pegawai kerajaan dan kenaikan pangkat secara time based, RTC, Bantuan Persekolahan dan pelbagai bantuan termasuk pinjaman untuk bantuan perniagaan bagi orang Melayu dan India.Perbezaannya ialah Pakatan Rakyat hanya memberi tawaran dan janji. Sebaliknya Barisan Nasional telah melaksanakan janji. Janji Barisan Nasional janji ditepati.

Situasi sekarang ini menjadikan politik Malaysia kucarwakyoh.Gajah sama gajah berjuang, Pelandok tersepit ditengah.





Sunday 16 September 2012


MENGORAK LANGKAH MEMBURU KECEMERLANGAN.

 

 1. Rukun Kejayaan dan laluan kecemerlangan pelajar.

 
S - Sikap positif dan sanggup berkorban serta berubah seiring dengan keperluan semasa   

      dan  masa akan datang.

M - Memilikki matlamat dan wawasan yang jelas.

A -  Azam dan kemahuan yang kuat untuk kejayaandan kecemerlangan.

R - Rancangan yang strategik dengan pengurusan masa yang sistematik.

T-  Tekun, tawakal dan isrtiqamah.

S -  Sentiasa berdoa dan berhajat kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua kerja buat

      sebagai seorang pelajar.


2. Aktiviti sokongan.

 
D - Doa.

U - Usaha gigih.

I  - Iltizam (Komitmen) / ingin.

T -  Tawakal.

 
3. Langkah yang perlu di ambil secara strategik dan bersepadu.


  1. Penentuan dan penetapan TOV (take off Value).
  2. Pelaksanaan OTI (Operational Targeted Increament).
  3. Pencapaian ETR (Expected Target Result).
  4. Pencapaian sebenar keputusan peperiksaan awam ATR (Actual Target Result).

4. Melaksana aktiviti SATU.

 
    S - Sedia.

    A – Awal.

    T – Tumpuan.

    U – Ulangkaji.

 
5. Mengamalkan budaya SEMUT.

     S – Sentiasa berusaha dengan gigih.

     E – Efisen.

     M – Melaksana kerja dengan tekun.

     U – Urusan dibereskan tanpa berlengah.

     T -  Tanggungjawab disempurnakan sebaik mungkin.

 

6. Peranan ibubapa memastikan anak belajar di rumah.


  1. Dorongan.
  2. Beri semangat dan galakkan serta nasihat.
  3. Kawalan.
  4. Pemantauan.
  5. Jalin permuafakatan dengan guru.

7. Peranan guru di sekolah memastikan guru mengajar dan murid belajar.

 
  1. Mengajar dengan bestari.
  2. Mendidik dengan berhemah.
  3. Membimbing dengan bijaksana.
  4. Menerap konsep penyayang.
8. Peranan PIBG.

 
1. Permuafakatan guru, ibubapa dan pelajar.

2. Kerjasama.

3. Sumbangan kewangan, tenaga dan moral.


9. Peranan pelajar.

 
  1. Belajar bersungguh-sungguh secara berkesan.
  2. Berdisiplin, berbudi pekerti dan bersahsiah mulia.
  3. Taat kepada agama dan Tuhan.
  4. Taat kepada ibubapa.
  5. Taat kepada guru.
  6. Berilmu dan berintelek.
  7. Bersemnagat sukan ’Sportmanships’ dan ’Sporting’.
  8. Fokus kepada wawasan diri ( Pada tahun 2009 saya akan............).
  9. Mantap IQ, EQ, SQ dan ESQ. Kejayaa n seorang pelajar bukan 100% bergantung kepada IQ tetapi lebih kepada sikap (ESQ).


10. Santapan Minda.

 a.  3 Elemen Kecemerlangan.   


1.     Extra Might –  Kekuatan ilmu pengetahuan, Kemahiran tinggi dan keinginan tanpa 

                          Batasan.

2.     Extra Mind  -  Kebijaksanaan menyelesai masalah dan membuat keputusan.

3.     Extra Mile   -  Berpandangan jauh dan mempunyai high perfomance speed dan high

                         Performance work culture untuk mengelola, melaksana dan menillai.

 

b. Elemen Sokongan.

 
1.     Pantauan emosi (EQ).

2.     Ilmu pengetahuan (IQ).

3.     Kesedaran sosial (SQ).

4.     kekuatan dalaman (ESQ).

 

11. Jelas hala tuju dan destinasi terakhir.

 

  1. Matlamat -  Membina kekuatan dalaman dan berjaya dengan cemerlang.
  2. Visi         -  Muncul sebagai insan luar biasa, hebat dan bagus dengan kekuatan IQ, EQ,  SQ dan ESQ
3.   Misi        -  Berguna untuk mencapai matlamat dan visi bagi diri sendiri, ibu bapa, guru, agama,
                      bangsa dan negara.

 

12. Ciri pelajar yang berjaya dan cemerlang.


  1. Mendorong diri serta sanggup menerima perubahan dan cabaran.
  2. Membentuk motivasi dan berkeupayaan meningkatkan semangat belajar secara konsisten.
  3. Boleh berubah dari malas kepada rajin, berusaha untuk cemerlang tanpa putus asa dan tanpa kompromi.
  4. Membina keakraban untuk cemerlang bersama guru dan rakan sekolah. 
13. Punca pelajar tidak cemerlang.


  1. Main-main dan buang masa.
  2. Tiada imaginasi.
  3. Tidak kreatif.
  4. Selekeh, sambil lewa dan tidak ada minat belajar.
  5. Tiada kekuatan IQ, EQ, SQ dan ESQ. Malas berusaha dan selesa beada ditakok lama.
  6. Jenis kena rangsang dan motivasi.
  7. Beranggapan diri sendiri adalah yang terbaik, bangga diri dan suka memperlekeh serta merendahkan orang lain.

14. Apakah yang perlu dilaksana dan menjadi kemestian pelajar.

 
  1. Musyaratah - Membuat perjanjian diri.
  2. Muaqabah   - Sendiri mendidik diri.
  3. Muraqabah  - Merasai kehadiran Allah.
  4. Muhasabah  - Menilai diri sendiri.
  5. Mujahadah  - Berusaha bersungguh-sungguh.
  6. Mu’atabah   - Menahan diri dari segala kekejian.

15. Waktu bagi manusia.

1.     Untuk anda bersama Tuhan.

2.     Untuk anda memperkasa diri.

3.     Untuk anda menikmati semua hasil usaha anda.

 
16. Belajar sebagai satu fisabilillah.

 
TIDAK MUDAH UNTUK BERJAYA DAN CEMERLANG

TIDAK SUSAH UNTUKGAGAL DAN KECUNDANG.

KEPIMPINAN VISIONARI
 
PENGENALAN

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah  pencapaian sesuatu objektif tertentu. Kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka bekerja dan berusaha ke arah mencapai matlamat organisasi.

Pemimpin yang berjaya mendorong semangat dan berupaya melaksana fungsi membina wawasan yang jelas dapat menyakinkan pengikut untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai matlamat organisasi.Bagaimana fungsi membina wawasan membantu seseorang pemimpin merealisasikan matlamat organisasi bergantung kepada keupayaan pemimpin membayangkan masa depan organisasi.

Pemimpin itu berupaya melibatkan dan meningkatkan penyertaan pengikut dengan mengamalkan apa yang dikata dilaksanakan. Pemimpin dapat mengurus organisasi dengan baik dan berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan serta memiliki perwatakan kepimpinan yang berilmu, berpengalaman dan berwawasan. Pemimpin berwawasan sedar terhadap realiti semasa dan melihat masa depan dengan positif serta dapat menjana halatuju organisasi dan tugas utama dengan jelas dan berkesan.

Pemimpin organisasi dapat menetapkan halatuju dan matlamat organisasi dengan jelas dari segi penetapan segala visi dan misi.Berkeupayaan mengekploitasi segala resos yang ada di dalam organisasi serta melaksana strategi berdasarkan  resos yang ada. Resos digembleng secara optima.

Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan dengan membina wawasan biasanya akan menentukan sasaran kerja utama, mengenalpasti siapa pelanggan, membina pernyataan visi dan misi organisasi. Visi dijadikan sebagai asas untuk organisasi bergerak di landasan yang betul. Misi sebagai wahana penentu apakah bidang kerja utama, siapakah ahli organisasi dan apakah yang hendak dicapai. Ini memudahkan matlamat organisasi dicapai.

Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan melalui usaha membina wawasan mempunyai pandangan menyeluruh mengenai tugas utama. Pemimpin dapat merancang dan meransang sesuatu wawasan terhadap apa yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek dan jangka panjang. Dalam konteks ini pemimpin menentukan kemenjadian organisasi. Contohnya, dengan adanya wawasan , pemimpin organisasi dapat merangka perancangan tentang strategi-strategi termasuk keperluan resos manusia, kewangan dan kemudahan sedia ada untuk mengurus organisasi secara berkesan. Ke arah mencapai matlamat organisasi.

Kepimpinan yang berwawasan mesti bersikap positif dan bersedia ditegur serta dapat menerima teguran membina secara terbuka. Berfikiran terbuka boleh menjadi faktor kekuatan seseorang pemimpin organisasi. Peminpin  organisasi akan sentiasa peka kepada soal kemanusiaan dan dapat mengenali diri ahli organisasi dari dekat. Mengambil tahu kebajikan dan masalah ahli organisasi. Pemimpin organisasi di lihat oleh ahli organisasi memiliki sifat mulia, prihatin dan ikhlas. Dapat mewujudkan sifat dan semangat kesepunyaan di kalangan ahli organisasi. Dengan itu mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat bersama.

Pemimpin dapat menyediakan pelbagai saloran komunikasi berkesan. Contohnya mengadakan penyebaran maklumat kepada semua ahli organisasi melalui proses difusi dan terapan. Membentuk norma kerja dan adab yang harus dipatuhi.Di samping itu memperkembangkan dan mengintegrasi aktiviti perancangan, pengelolaan, dorongan dan kawalan secara sistematik. Ahli organisasi akan tahu dan faham halatuju dan matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang atau dalam tempoh 3 tahun dan 5 tahun.

Pemimpin organisasi berdaya fikir futuristik dengan mempunyai keupayaan untuk membuat ramalan dan perancangan masa depan.Contohnya dapat menjangka tentang kewujudan sesuatu masalah dan mengambil daya usaha untuk mengatasi. Mengelola sumber yang terhad dengan berhemah serta menyelaras sumber dan resos yang ada untuk mencapai matlamat. Jika sumber dan resos tidak diekploitasi dengan berhemah  dan betul boleh menjejas matlamat organisasi.

Pemimpin organisasi mendorong  dan memberi bimbingan serta mempengaruhi orang bawahan untuk mencapai visi dan melaksana misi. Contohnya langkah dibuat dengan memilih kakitangan yang sesuai dengan memberi dorongan, bimbingan dan menggalakkan ahli organisasi melaksana kerja dengan bertanggungjawab dan dedikasi.Pemimpin memiliki corak dan gaya komunikasi berkesan. Contohnya melalui mesyuarat, interaksi dan mengamalkan prinsip perhubungan manusia yang ada sifat penyayang, mesra, jujur dan ikhlas.  Dapat dilihat dan dirasai oleh ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders.Pegalaman pemimpin dan ahli organisasi dikongsi bersama.Ini dapat memanafaat kepakaran dan kecekapan serta membuat keputusan dengan tangkas dan tepat untuk mencapai matlamat. Lantas dapat menyelesaikan masalah organisasi dan dapat mencapai matlamat organisasi dengan penyertaan dan peglibatan semua pihak.

Pemimpin organisasi berkeupayaan memberi dorongan dan membimbing kepada ahli organisasi. Dengan penuh keyakinan dapat menentukan dan menjamin segala aktiviti akan mencapai matlamat. Melaksanakan sistem pemantauan melalui penyeliaan dan kawalan berterusan segala aktiviti dan perlaksanaan aktiviti boleh mencapai matlamat organisasi.Sebab ahli organisasi dapat merasai dan sedar bahawa pemimpin sentiasa memerhati, menyelia dan memantau serta mengawal berterusan.

Pemimpin organisasi mencipta visi jangka pendek dan jangka panjang organisasi bagi tempoh masa 3 tahun hingga 5 tahun. Visi itu menyatakan apa yang ingin dicapai melalui perancangan masa depan dan ke arah manakah halatuju organisasi. Contohnya ahli organisasi dan stakeholder dapat memahami dan menghayati visi bersama.Pemimpin mengambil tanggungjawab membuat “Road Map” masa depan organisasi, menentukan posisi kejayaan masa depan organisasi, menyedia halatuju  jangka pendek dan jangka panjang serta membina identiti organisasi yang kukuh.Contohnya organisasi itu dapat dikenali oleh pelanggan dan stakeholders.

 Pemimpin organisasi dapat mengambarkan situasi yang lebih baik di masa depan berbanding dengan apa yang wujud sekarang. Dengan adanya visi yang jelas, ringkas, mudah difahami oleh ahli organisasi dan dapat dikongsi bersama pelanggan dan stakeholders akan halatuju sesebuah organisasi akan memberi kesan kepada emosi dan dapat mencipta serta merealisasikan kejayaan matlamat organisasi.

Sebelum perlaksanaan visi, langkah perlu diambil untuk merangka pra-perancangan visi berdasarkan pegangan dan nilai dengan mengambilkira keadaan persekitaran dalaman dan persekitaran luaran serta menentukan faktor kejayaan kritikal organisasi. Contohnya pernyataan visi dan misi organisasi dapat difahami, dikongsi dan dihayati oleh semua ahli organisasi dan memberi kepuasan kepada pelanggan dan stakeholders organisasi itu. Oleh itu matlamat organisasi dapat dicapai dengan mudah kerana difahami dan dikongsi serta dihayati bersama oleh ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders.

Pemimpin organisasi menjadi sumber inspirasi dan menjadi teladan kepada ahli organisasi serta berjaya membawa perubahan ke arah kebaikan organisasi. Menjadikan perubahan sebagai agenda utama organisasi. Perubahan itu diketahui, dirasai dan memberi manafaat kepada organisasi, pelanggan dan stakeholders.

Pemimpin organisasi menyediakan insentif dan peluang kenaikan gaji, pangkat, keselesaan tempat kerja dan suasana kerja yang kondusif. Pemimpin organisasi memaklumkan dan merancang peningkatan prestasi ahli organisasi untuk meningkatkan kepuasan bekerja. Pemimpin organisasi mengamalkan teknik-teknik kepimpinan berkesan dan dapat meningkatkan motivasi.Contohnya kepimpinan yang melaksana fungsi membina wawasan perlu mengadakan sistem , peraturan- peraturan dan norma kerja organisasi serta adab yang perlu dipatuhi. Ini dapat memperkembangkan dan mengintegrasi aktiviti perancangan, pengelolaan, mendorong dan kawalan secara sistematik.Perancangan, pengelolaan, mendorong dan kawalan yang dilaksanakan melibatkan penentuan tindakan masa depan secara optima dengan menghubungkan masa yang ada sekarang dengan sesuatu yang hendak dicapai pada masa depan.

Pemimpin melaksana strategi berdasarkan visi dan misi organisasi. Strategi yang dilaksanakan dengan mengambilkira analisis situasi dan penjanaan strategi mengunakan tows matriks dapat membantu pelan tindakan yang dilaksanakan. Pemimpin mengambilkira indikator kejayaan yang sedia ada pada organisasi. Ini boleh menjadikan seseorang pemimpin organisasi cemerlang sebagai pemimpin yang memimpin organisasi dengan melakukan perkara yang betul dengan betul untuk orang yang betul pada masa yang betul dan tempat yang betul. Oleh itu matlamat organisasi dapat direalisasi. Contohnya pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan dengan cara membina wawasan dapat menyebabkan ahli organisasi berusaha merealisasi matlamat organisasi.

Pemimpin yang melaksanakan fungsi kepimpinan dapat menjadikan organisasi berkesan.Contohnya ada wawasan dan mempunyai matlamat bersama. Ada matlamat yang jelas, amalan-amalan yang tekal, kesejawatan dan berkerjasama. Pemimpin dapat mengenalpasti keperluan latihan staf dan menjalankan latihan dalaman jika dikenalpasti ahli organisasi kurang cekap. Di sekolah umpamanya, pengetua berwawasan akan merangka program khas kurikulum untuk pengukuhan, pengayaan dan pemulihan untuk mengatasi kelemahan murid dalam peperiksaan awam.

 
 RUMUSAN

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa pemimpin berwawasan akan menentukan kemenjadian organisasi melalui pernyataan visi dan misi. Pernyataan visi dan misi yang ringkas dan mudah difahami oleh semua ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders. Pemimpin mengambil inisiatif mengadakan prospektus dengan pernyataan yang realistik, jelas dan komprehensif kepada ahli organisasi, pelanggan dan stakeholders. Halatuju dan matlamat organisasi dapat difahami dan dihayati bersama. Keadaan ini dapat menyumbangkan kepada mudah tercapainya matlamat organisasi.

Kecemerlangan organisasi bergantung  kepada kepimpinan berwawasan kerana dapat memberi keutamaan yang berfokus kepada manusia dan wawasan. Pemimpin yang berjaya melaksanakan fungsi kepimpinan dengan membina wawasan organisasi dapat membuat peningkatan yang besar matlamat organisasi dan dapat merealisasi matlamat organisasi.Kejelasan wawasan, peghayatan wawasan, keghairahan terhadap wawasan, ketabahan dan dedikasi kepada wawasan , pandangan global, kebolehan percayaan keberkesanan organisasi dan perkongsian paradigma boleh meningkatkan kepuasan pekerja. Sekaligus menunjukkan kejayaan pemimpin dan pekerja merealisasikan matlamat organisasi.

 
REFLEKSI

Pada umumnya tidak dapat dinafikan bahawa fungsi kepimpinan yang membina wawasan dapat membantu  pemimpin mencapai matlamat organisasi. Walau bagaimanapun fungsi ini memerlukan seseorang pemimpin karismatik. Kepimpinan karismatik mempunyai wawasan, berkeyakinan, berpengaruh dan bersungguh-sungguh berusaha mencapai matlamat organisasi.

Kepimpinan karismatik sukar ditemui.Tidak semua pemimpin dapat menjadi pemimpin karismatik. Terdapat juga pemimpin bersifat pemimpin transaksi dan pemimpin transformasi.Pemimpin transaksi memandu atau mendorong pengikut ke arah  mencapai matlamat dengan menjelaskan peranan dan tugas.Pemimpin transformasi lebih menonjol dari segi komitmen dan boleh menjadi agen perubahan untuk mencapai matlamat organisasi.

Bagi menilai dan membuat refleksi sama ada boleh atau tidak matlamat organisasi dicapai perlu juga diberi perhatian bukan kepada fungsi pembinaan wawasan. Perlu juga diberi perhatian kepada sama ada pemimpin itu mempunyai ciri-ciri kemahiran, kematangan, berpandangan luas dan dapat mengawal diri. Pemimpin itu juga perlu ada kejujuran dan adil. Jika tidak pemimpin itu akan mengamalkan  “Machiavallin “ dengan mengamalkan “matlamat menghalalkan cara.” Untuk mencapai matlamat organisasi perlu ahli organisasi memberi kerjasama kepada pemimpin organisasi dan tidak bergantung kepada fungsi kepimpinan sahaja. Contohnya kemahiran ahli organisasi, suasana tempat kerja dan persekitaran luaran mempengaruhi pencapaian matlamat organisasi.

 
CADANGAN

Untuk mecapai matlamat organisasi perlu pemimpin memainkan pelbagai fungsi kepimpinan. Perilaku pemimpin mesti mengambarkan struktur tugas, kuasa formal dan bekerja sepasukan.Dalam keadaan kecemasan diperlukan pemimpin autokratik bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Dalam keadaan tiada kecemasan diperlukan pemimpin konsultatif. Dalam keadaan kecemasan pemimpin transaksi mesti bergantung kepada ahli organisasi yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang tertentu. Keupayaan pemimpin mengenalpasti kemahiran  yang dimiliki ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.Begitu juga suasana kondusif ditempat kerja dan persekitaran luaran perlu diberi perhatian  dan tumpuan oleh pemimpin organisasi. Contohnya ahli yang tidak bermotivasi, tidak berkemahiran, suasana kerja yang tidak kondusif dan persekitaran luaran yang tidak menentu, boleh menyebabkan matlamat organisasi tidak dapat dicapai. Ini menyebabkan hilang keyakinan pelanggan dan stakeholders terhadap organisasi.

 
RUJUKAN

 
  1. Jaafar Muhamad; Asas Pengurusan, (Edisi Kedua),Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd,1997.
  2. Maimunah Aminuddin; Pengurusan Sumber Manusia, (Terjemahan), Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1997.
  3. Mohd Ismail Othman; Undang-Undang Untuk Pengetua Dan Guru Besar, PTS  Publications & Distributor Sdn Bhd, 2004.
  4. Omardin Ashaari; Pengurusan Sekolah – Suatu Pandangan Lengkap, Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd,1996.
  5. Omardin Ashaari; Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah, Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd, 1998.
  6. Ibrahim Mamat; Pengetua Sekolah Menangani Isu Dan Cabaran Kepimpinan, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 1998.
  7. Razali Mat Zin; Kepimpinan Dalam Pengurusan, Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd, 1996.
  8. Zainal Ariffin Ahmad; Perlakuan Organisasi, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,1998.

   PENGETUA BERKUALITI SEBAGAI PENERAJU KE ARAH SEKOLAH BERKESAN.

 

Pengetua perlu melaksana 8 tanggungjawab teras pada setiap masa. Di antaranya ia lah        seperti berikut:-

 

1.     Pengurusan  Kurikulum.

2.     Pengurusan  ko-kurikulum.

3.     Pengurusan Hal Ehwal Murid.

4.     Pengurusan Pejabat.

5.     Pengurusan Kewangan.

6.     Pengurusan Staf.

7.     Pengurusan Fizikal dan Kemudahan Sekolah.

8.     Pengurusan komuniti.

 

Oleh itu pengetua perlu menyedari dan menghayati peranan sebagai seorang pengetua. Di antara peranan yang boleh dilaksana ia lah sebagai pemimpin,fasilitator, motivator, pengurus, penyelesai masalah, perancang, penyelia, pemantau, pengelola, penilai dan seumpamanya. Pengetua perlu membuat refleksi peranan dan tindakan terhadap 8 aspek pengurusan. Kemudian membuat penilaian tahap KPI dan tahap kepuasan pelanggan terhadap pelaksanaan pengurusan tersebut. Pengetua sebagai pemimpin berkualiti menggunakan formula 5W dan 2H (what, why, who, when, where, how dan how long) apabila melaksana pentadbiran, mengurus dan memimpin surbodinat.

 

Pengetua mesti melaksana penilaian dan penarafan pengurusan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. SKPM-Sekolah diperihalkan dalam 12 elemen dan dikelompokkan ke dalam empat dimensi seperti berikut:-

 

DIMENSI I              :  HALA TUJU KEPEMIMPINAN.

Elemen 1                :  Visi dan Misi.

Elemen 2                :  Kepemimpinan.

 

DIMENSI  II            :  PENGURUSAN ORGANISASI.

Elemen 3                :  Struktur Organisasi.

Elemen 4                :  Perancangan.

Elemen 5                :  Iklim.

Elemen 6                :  Pengurusan dan Pembangunan Sumber.

Elemen 7                :  Pengurusan Maklumat.

 

DIMENSI  III           :  PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN.

Elemen  8               :  Pengurusan Program Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Hal Ehwal Murid.

Elemen  9               :  Pengajaran dan Pembelajaran.

Elemen  10             :  Pembangunan Sahsiah Murid.

Elemen  11             :  Penilaian Pencapaian Murid.

 

DIMENSI  IV           :  KEMENJADIAN MURID.

Elemen   12            : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Ko-Kurikulum dan Sahsiah.

 

 

Tiga elemen penting yang perlu ada pada seseorang pengetua untuk menjadi pengetua  berkualitiia lah seperti berikut:-

 

1.     Extra Mind - Kebijaksanaan menyelesai masalah dan membuat keputusan.

2.     Extra Might – Kekuatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan komitmen.

3.     Extra Mile – High Performence Speed dan High Performence Work Culture dalam

                       merancang, mengelola, melaksana, mengawal, memantau dan

                       menilai.  

 

Tiga elemen ini perlu kepada elemen sokongan seperti kekuatan rohani, jasmani, pantauan emosi dan ilmu pengetahuan.Pengetua berkualiti perlu mempunyai kejelasan hala tuju kepemimpinannya. Maka perlu ada matlamat, visi dan misi.  Membina kekuatan dalaman untuk berubah.Muncul sebagai insan luar biasa, bagus dan hebat sekali melalui kekuatan minda serta berguna untuk diri sendiri dan orang lain.

 

Pengetua berkualiti perlu mempunyai objektif diri sendiri untuk menjadi pemangkin kecemerlangan dengan mendorong diri sendiri menjadi orang baru yang sanggup menerima perubahan.Berkeupayaan membentuk motivasi diri untuk meningkatkan profesionalisme.Menjadi berbeza daripada sebelumnya dan membina keakraban demi kecemerlangan sekolah. Kepemimpinan pengetua akan mengarca 5 situasi sekolah.

 

 

                      5 situasi sekolah.

 

1.     Sekolah Bergerak (Moving School).

 

·         Menggalakkan kemajuan  dan perkembangan murid.

·         Bekerja bersama ke arah perubahan dan terus berkembang.

·         Matlamat sekolah jelas, memmilikki semangat, kekuatan dan kemahiran untuk menjadi sekolah berkesan.

 

2.     Sekolah Mengekal Prestasi (Cruising School).

            

·         Mengambarkan kualiti keberkesanan sekolah.

·         Lazimnya terletak di kawasan-kawasan mewah.

·         Murid-murid menunjukkan pencapaian tanpa kebergantungan kepada kualiti pembelajaran.

·         Tidak menyediakan murid-murid untuk menghadapi dunia yang berubah dan lebih selesa mempertahan status sedia ada.

         

 

3.     Sekolah Berkembang Sederhana (Strolling School).

 

·         Berada pada tahap di antara berkesan dan tidak berkesan.

·         Bergerak perlahan untuk meningkatkan perubahan.

·         Matlamat yang kurang jelas dan kekadang bercanggah serta membawa kesan negatif kepada peningkatan kemajuan sekolah.

 

 

4.     Sekolah Merangkak (Struggling School).

 

·         Di ketahui umum tidak berkesan.

·         Masa dan tenaga digunakan untuk menyelesaikan masalah.

·         Kepakaran tidak diguna secara effektif dan sentiasa berusaha dan mencuba pelbagai pendekatan kaidah.

·         Sekolah ini akhirnya akan berjaya.

 

 

5.     Sekolah Tenggelam (Sinking School).

 

·         Tidak berkesan dan dihantui oleh pelbagai masalah.

·         Staf tidak produktif dan tidak boleh berubah.

·         Sekolah ini di kawasan terpinggir dan tidak dipedulikan.

·         Memerlukan sokongan yang dramatik dengan sokongan penuh semua pihak.

 

 

                          Faktor-Faktor Mempengaruhi Kemajuan Sekolah.

 

1.     Kesesuaian kepemimpinan pengetua.

2.     Kesungguhan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.     Kesediaan murid hendak belajar.

4.     Keadaan fizikal dan infrastruktur sekolah yang lengkap dan kodusif.

5.     Sokongan ibubapa dan komuniti setempat.