Tntang Saya

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Wednesday 16 January 2013

KUCARWAKYOH

PRU ke 13 akan berlangsung tidak lama lagi. Seawalnya selepas Tahun Baru Cina. Suasana politik seluruh negara berada dalam keadaan agak panas. Pertembongan di antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat dijangka agak sengit. Pelbagai isu telah diketengahkan oleh parti-parti tersebut. Persoalan utama sekarang adakah Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang akan dapat mengekal kuasa atau kuasa akan diganti oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Persepsi sekarang berlegar disekitar pendapat umum tentang peningkatan sokongan orang Cina di Bandar dan sokongan Orang Melayu di luarbandar yang cenderong untuk menyokong Pakatan Rakyat. Pengundi yang terdiri dari orang muda juga berpihak kepada Pakatan Rakyat.Kerjasama Parti Keadilan, DAP dan PAS di bawah gabungan Pakatan Rakyat menjadikan mobilisasi rakyat lebih cenderong menyokong Pakatan Rakyat.Apakah kedudukan Barisan Nasional meskipun kelihatan agak selesa akan bertukar menjadi mimpi ngeri.Apakah setelah 55 tahun memerintah Malaysia Barisan Nasional akan hancur berderai seperti kaca jatuh ke batu.

Realitinya mungkin tidak sama dengan persepsi.Dari segi realiti Barisan Nasional mempunyai lebih banyak peluang untuk mempengaruhi pendapat umum itu berbanding Pakatan Rakyat.Keupayaan jentera Kerajaan Barisan Nasional umumnya diketahui amat kuat dan mantap.Penggunaan media massa seperti TV dan media cetak dan media Sosial dapat digunakan secara maksimum. Media ini telah berperanan mempengaruhi pendapat umum.Walaupun begitu keadan semasa telah berubah. Peningkatan taraf pendidikan rakyat telah menyebabkan usaha itu menjadi situasi semasa bertambah hangat dengan pelbagai isu baru yang dilontar oleh media kerajaan dan menjadi polemik dikalangan rakyat yang berminat dengan isu itu.Isu-Isu lama dikitar semula seperti Amanat Haji Hadi, Hukum Hudud, Kalimah Allah di dalam Bible dikalangan umat Islam dan Isu pendidikan Cina dikalangan orang Cina serta isu berkaitan janji kemakmuran ekonomi untuk masyarakat India yang majoritinya masih dilingkari kemiskinan.Pelbagai isu berlegar diruang udara Malaysia dam meniti dari bibir ke bibir rakyat. Apa pun PRU Ke 13 akan menlenyapkan semua isu yang direkayasa itu.

Pakatan Rakyat telah menawarkan berapa janji seperti menurunkan harga minyak, menurukan harga barang, menghapuskan pinjaman PTPN, menurunkan harga kereta, 20% royalti minyak bagi negeri yang menjadi pengeluar minyak, menurunkan harga kereta, melupus Tol dan banyak lagi tawaran yang memang enak didengar dan yang sekarang ini sangat diingini oleh rakyat. Walau apa pun Barisan Nasional telah membuat transformasi dan mempengaruhi serta memujuk rakyat dengan BRIM, Klinik 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia, Menaikkan gaji pegawai kerajaan dan kenaikan pangkat secara time based, RTC, Bantuan Persekolahan dan pelbagai bantuan termasuk pinjaman untuk bantuan perniagaan bagi orang Melayu dan India.Perbezaannya ialah Pakatan Rakyat hanya memberi tawaran dan janji. Sebaliknya Barisan Nasional telah melaksanakan janji. Janji Barisan Nasional janji ditepati.

Situasi sekarang ini menjadikan politik Malaysia kucarwakyoh.Gajah sama gajah berjuang, Pelandok tersepit ditengah.