KEPIMPINAN VISIONARI
PENGENALAN
Kepimpinan
berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain
untuk berusaha ke arah pencapaian
sesuatu objektif tertentu. Kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses
mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka
bekerja dan berusaha ke arah mencapai matlamat organisasi.
Pemimpin yang
berjaya mendorong semangat dan berupaya melaksana fungsi membina wawasan yang
jelas dapat menyakinkan pengikut untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai
matlamat organisasi.Bagaimana fungsi membina wawasan membantu seseorang
pemimpin merealisasikan matlamat organisasi bergantung kepada keupayaan
pemimpin membayangkan masa depan organisasi.
Pemimpin itu
berupaya melibatkan dan meningkatkan penyertaan pengikut dengan mengamalkan apa
yang dikata dilaksanakan. Pemimpin dapat mengurus organisasi dengan baik dan
berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan serta memiliki perwatakan
kepimpinan yang berilmu, berpengalaman dan berwawasan. Pemimpin berwawasan
sedar terhadap realiti semasa dan melihat masa depan dengan positif serta dapat
menjana halatuju organisasi dan tugas utama dengan jelas dan berkesan.
Pemimpin
organisasi dapat menetapkan halatuju dan matlamat organisasi dengan jelas dari
segi penetapan segala visi dan misi.Berkeupayaan mengekploitasi segala resos
yang ada di dalam organisasi serta melaksana strategi berdasarkan resos yang ada. Resos digembleng secara
optima.
Pemimpin yang
melaksana fungsi kepimpinan dengan membina wawasan biasanya akan menentukan
sasaran kerja utama, mengenalpasti siapa pelanggan, membina pernyataan visi dan
misi organisasi. Visi dijadikan
sebagai asas untuk organisasi bergerak di landasan yang betul. Misi sebagai
wahana penentu apakah bidang kerja utama, siapakah ahli organisasi dan apakah
yang hendak dicapai. Ini memudahkan matlamat organisasi dicapai.
Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan melalui
usaha membina wawasan mempunyai pandangan menyeluruh mengenai tugas utama.
Pemimpin dapat merancang dan meransang sesuatu wawasan terhadap apa yang ingin
dicapai dalam jangka masa pendek dan jangka panjang. Dalam konteks ini pemimpin
menentukan kemenjadian organisasi. Contohnya, dengan adanya wawasan , pemimpin
organisasi dapat merangka perancangan tentang strategi-strategi termasuk
keperluan resos manusia, kewangan dan kemudahan sedia ada untuk mengurus
organisasi secara berkesan. Ke arah mencapai matlamat organisasi.
Kepimpinan yang berwawasan mesti bersikap positif
dan bersedia ditegur serta dapat menerima teguran membina secara terbuka.
Berfikiran terbuka boleh menjadi faktor kekuatan seseorang pemimpin organisasi.
Peminpin organisasi akan sentiasa peka
kepada soal kemanusiaan dan dapat mengenali diri ahli organisasi dari dekat.
Mengambil tahu kebajikan dan masalah ahli organisasi. Pemimpin organisasi di
lihat oleh ahli organisasi memiliki sifat mulia, prihatin dan ikhlas. Dapat
mewujudkan sifat dan semangat kesepunyaan di kalangan ahli organisasi. Dengan
itu mereka berusaha gigih untuk mencapai matlamat bersama.
Pemimpin dapat menyediakan pelbagai saloran
komunikasi berkesan. Contohnya mengadakan penyebaran maklumat kepada semua ahli
organisasi melalui proses difusi dan terapan. Membentuk norma kerja dan adab
yang harus dipatuhi.Di samping itu memperkembangkan dan mengintegrasi aktiviti
perancangan, pengelolaan, dorongan dan kawalan secara sistematik. Ahli
organisasi akan tahu dan faham halatuju dan matlamat yang ingin dicapai oleh
organisasi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang atau dalam tempoh 3
tahun dan 5 tahun.
Pemimpin organisasi berdaya fikir futuristik
dengan mempunyai keupayaan untuk membuat ramalan dan perancangan masa
depan.Contohnya dapat menjangka tentang kewujudan sesuatu masalah dan mengambil
daya usaha untuk mengatasi. Mengelola sumber yang terhad dengan berhemah serta
menyelaras sumber dan resos yang ada untuk mencapai matlamat. Jika sumber dan
resos tidak diekploitasi dengan berhemah
dan betul boleh menjejas matlamat organisasi.
Pemimpin organisasi mendorong dan memberi bimbingan serta mempengaruhi
orang bawahan untuk mencapai visi dan melaksana misi. Contohnya langkah dibuat
dengan memilih kakitangan yang sesuai dengan memberi dorongan, bimbingan dan
menggalakkan ahli organisasi melaksana kerja dengan bertanggungjawab dan
dedikasi.Pemimpin memiliki corak dan gaya komunikasi berkesan. Contohnya
melalui mesyuarat, interaksi dan mengamalkan prinsip perhubungan manusia yang
ada sifat penyayang, mesra, jujur dan ikhlas. Dapat dilihat dan dirasai oleh ahli
organisasi, pelanggan dan stakeholders.Pegalaman pemimpin dan ahli organisasi
dikongsi bersama.Ini dapat memanafaat kepakaran dan kecekapan serta membuat
keputusan dengan tangkas dan tepat untuk mencapai matlamat. Lantas dapat
menyelesaikan masalah organisasi dan dapat mencapai matlamat organisasi dengan
penyertaan dan peglibatan semua pihak.
Pemimpin organisasi berkeupayaan memberi dorongan dan
membimbing kepada ahli organisasi. Dengan penuh keyakinan dapat menentukan dan
menjamin segala aktiviti akan mencapai matlamat. Melaksanakan sistem pemantauan
melalui penyeliaan dan kawalan berterusan segala aktiviti dan perlaksanaan
aktiviti boleh mencapai matlamat organisasi.Sebab ahli organisasi dapat merasai
dan sedar bahawa pemimpin sentiasa memerhati, menyelia dan memantau serta
mengawal berterusan.
Pemimpin organisasi mencipta visi jangka pendek
dan jangka panjang organisasi bagi tempoh masa 3 tahun hingga 5 tahun. Visi itu
menyatakan apa yang ingin dicapai melalui perancangan masa depan dan ke arah
manakah halatuju organisasi. Contohnya ahli organisasi dan stakeholder dapat
memahami dan menghayati visi bersama.Pemimpin mengambil tanggungjawab membuat
“Road Map” masa depan organisasi, menentukan posisi kejayaan masa depan
organisasi, menyedia halatuju jangka
pendek dan jangka panjang serta membina identiti organisasi yang
kukuh.Contohnya organisasi itu dapat dikenali oleh pelanggan dan stakeholders.
Pemimpin
organisasi dapat mengambarkan situasi yang lebih baik di masa depan berbanding
dengan apa yang wujud sekarang. Dengan adanya visi yang jelas, ringkas, mudah
difahami oleh ahli organisasi dan dapat dikongsi bersama pelanggan dan
stakeholders akan halatuju sesebuah organisasi akan memberi kesan kepada emosi
dan dapat mencipta serta merealisasikan kejayaan matlamat organisasi.
Sebelum perlaksanaan visi, langkah perlu diambil
untuk merangka pra-perancangan visi berdasarkan pegangan dan nilai dengan
mengambilkira keadaan persekitaran dalaman dan persekitaran luaran serta
menentukan faktor kejayaan kritikal organisasi. Contohnya pernyataan visi dan
misi organisasi dapat difahami, dikongsi dan dihayati oleh semua ahli
organisasi dan memberi kepuasan kepada pelanggan dan stakeholders organisasi
itu. Oleh itu matlamat organisasi dapat dicapai dengan mudah kerana difahami
dan dikongsi serta dihayati bersama oleh ahli organisasi, pelanggan dan
stakeholders.
Pemimpin organisasi menjadi sumber inspirasi dan
menjadi teladan kepada ahli organisasi serta berjaya membawa perubahan ke arah
kebaikan organisasi. Menjadikan perubahan sebagai agenda utama organisasi. Perubahan
itu diketahui, dirasai dan memberi manafaat kepada organisasi, pelanggan dan
stakeholders.
Pemimpin organisasi menyediakan insentif dan
peluang kenaikan gaji, pangkat, keselesaan tempat kerja dan suasana kerja yang
kondusif. Pemimpin organisasi memaklumkan dan merancang peningkatan prestasi
ahli organisasi untuk meningkatkan kepuasan bekerja. Pemimpin organisasi
mengamalkan teknik-teknik kepimpinan berkesan dan dapat meningkatkan
motivasi.Contohnya kepimpinan yang melaksana fungsi membina wawasan perlu
mengadakan sistem , peraturan- peraturan dan norma kerja organisasi serta adab
yang perlu dipatuhi. Ini dapat memperkembangkan dan mengintegrasi aktiviti
perancangan, pengelolaan, mendorong dan kawalan secara sistematik.Perancangan,
pengelolaan, mendorong dan kawalan yang dilaksanakan melibatkan penentuan
tindakan masa depan secara optima dengan menghubungkan masa yang ada sekarang
dengan sesuatu yang hendak dicapai pada masa depan.
Pemimpin melaksana strategi berdasarkan visi dan
misi organisasi. Strategi yang dilaksanakan dengan mengambilkira analisis
situasi dan penjanaan strategi mengunakan tows matriks dapat membantu pelan
tindakan yang dilaksanakan. Pemimpin mengambilkira indikator kejayaan yang
sedia ada pada organisasi. Ini boleh menjadikan seseorang pemimpin organisasi
cemerlang sebagai pemimpin yang memimpin organisasi dengan melakukan perkara
yang betul dengan betul untuk orang yang betul pada masa yang betul dan tempat
yang betul. Oleh itu matlamat organisasi dapat direalisasi. Contohnya pemimpin
yang melaksana fungsi kepimpinan dengan cara membina wawasan dapat menyebabkan
ahli organisasi berusaha merealisasi matlamat organisasi.
Pemimpin yang melaksanakan fungsi kepimpinan dapat
menjadikan organisasi berkesan.Contohnya ada wawasan dan mempunyai matlamat
bersama. Ada matlamat yang
jelas, amalan-amalan yang tekal, kesejawatan dan berkerjasama. Pemimpin dapat
mengenalpasti keperluan latihan staf dan menjalankan latihan dalaman jika
dikenalpasti ahli organisasi kurang cekap. Di sekolah umpamanya, pengetua
berwawasan akan merangka program khas kurikulum untuk pengukuhan, pengayaan dan
pemulihan untuk mengatasi kelemahan murid dalam peperiksaan awam.
RUMUSAN
Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa pemimpin
berwawasan akan menentukan kemenjadian organisasi melalui pernyataan visi dan
misi. Pernyataan visi dan misi yang ringkas dan mudah difahami oleh semua ahli
organisasi, pelanggan dan stakeholders. Pemimpin mengambil inisiatif mengadakan
prospektus dengan pernyataan yang realistik, jelas dan komprehensif kepada ahli
organisasi, pelanggan dan stakeholders. Halatuju dan matlamat organisasi dapat
difahami dan dihayati bersama. Keadaan ini dapat menyumbangkan kepada mudah
tercapainya matlamat organisasi.
Kecemerlangan organisasi bergantung kepada kepimpinan berwawasan kerana dapat
memberi keutamaan yang berfokus kepada manusia dan wawasan. Pemimpin yang
berjaya melaksanakan fungsi kepimpinan dengan membina wawasan organisasi dapat
membuat peningkatan yang besar matlamat organisasi dan dapat merealisasi matlamat
organisasi.Kejelasan wawasan, peghayatan wawasan, keghairahan terhadap wawasan,
ketabahan dan dedikasi kepada wawasan , pandangan global, kebolehan percayaan
keberkesanan organisasi dan perkongsian paradigma boleh meningkatkan kepuasan
pekerja. Sekaligus menunjukkan kejayaan pemimpin dan pekerja merealisasikan
matlamat organisasi.
REFLEKSI
Pada umumnya tidak dapat dinafikan bahawa fungsi
kepimpinan yang membina wawasan dapat membantu
pemimpin mencapai matlamat organisasi. Walau bagaimanapun fungsi ini
memerlukan seseorang pemimpin karismatik. Kepimpinan karismatik mempunyai
wawasan, berkeyakinan, berpengaruh dan bersungguh-sungguh berusaha mencapai
matlamat organisasi.
Kepimpinan karismatik sukar ditemui.Tidak semua
pemimpin dapat menjadi pemimpin karismatik. Terdapat juga pemimpin bersifat
pemimpin transaksi dan pemimpin transformasi.Pemimpin transaksi memandu atau
mendorong pengikut ke arah mencapai
matlamat dengan menjelaskan peranan dan tugas.Pemimpin transformasi lebih
menonjol dari segi komitmen dan boleh menjadi agen perubahan untuk mencapai
matlamat organisasi.
Bagi menilai dan membuat refleksi sama ada boleh
atau tidak matlamat organisasi dicapai perlu juga diberi perhatian bukan kepada
fungsi pembinaan wawasan. Perlu juga diberi perhatian kepada sama ada pemimpin
itu mempunyai ciri-ciri kemahiran, kematangan, berpandangan luas dan dapat
mengawal diri. Pemimpin itu juga perlu ada kejujuran dan adil. Jika tidak pemimpin
itu akan mengamalkan “Machiavallin “
dengan mengamalkan “matlamat menghalalkan cara.” Untuk mencapai matlamat
organisasi perlu ahli organisasi memberi kerjasama kepada pemimpin organisasi
dan tidak bergantung kepada fungsi kepimpinan sahaja. Contohnya kemahiran ahli organisasi, suasana
tempat kerja dan persekitaran luaran mempengaruhi pencapaian matlamat
organisasi.
CADANGAN
Untuk mecapai matlamat organisasi perlu pemimpin
memainkan pelbagai fungsi kepimpinan. Perilaku pemimpin mesti mengambarkan
struktur tugas, kuasa formal dan bekerja sepasukan.Dalam keadaan kecemasan
diperlukan pemimpin autokratik bagi menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.Dalam keadaan tiada kecemasan diperlukan pemimpin konsultatif. Dalam
keadaan kecemasan pemimpin transaksi mesti bergantung kepada ahli organisasi
yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang tertentu. Keupayaan pemimpin
mengenalpasti kemahiran yang dimiliki
ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.Begitu juga suasana kondusif
ditempat kerja dan persekitaran luaran perlu diberi perhatian dan tumpuan oleh pemimpin organisasi.
Contohnya ahli yang tidak bermotivasi, tidak berkemahiran, suasana kerja yang
tidak kondusif dan persekitaran luaran yang tidak menentu, boleh menyebabkan
matlamat organisasi tidak dapat dicapai. Ini menyebabkan hilang
keyakinan pelanggan dan stakeholders terhadap organisasi.
RUJUKAN
- Jaafar Muhamad; Asas Pengurusan, (Edisi Kedua),Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd,1997.
- Maimunah Aminuddin; Pengurusan Sumber Manusia, (Terjemahan), Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 1997.
- Mohd Ismail Othman; Undang-Undang Untuk Pengetua Dan Guru Besar, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, 2004.
- Omardin Ashaari; Pengurusan Sekolah – Suatu Pandangan Lengkap, Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd,1996.
- Omardin Ashaari; Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah, Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd, 1998.
- Ibrahim Mamat; Pengetua Sekolah Menangani Isu Dan Cabaran Kepimpinan, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 1998.
- Razali Mat Zin; Kepimpinan Dalam Pengurusan, Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd, 1996.
- Zainal Ariffin Ahmad; Perlakuan Organisasi, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,1998.
No comments:
Post a Comment