Tntang Saya

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Sunday 19 August 2012

BUKAN MUDAH PAS TUMPAS PRU KE 13 DI DUN SEMERAK.



Dun Semerak merupakan salah satu Dun di Parlimen Pasir Puteh yang sekarang diterajui oleh YB Wan Hassan seorang ahli politik yang sukar ditandingi kini.  Beliau dijangka akan dapat mempertahankan Dun Semerak pada PRU ke 13 kekal di dalam genggaman PAS.

Sebagai seorang ahli politik veteran dan memiliki ‘Personal Touch’ dengan pengundi di Dun Semerak. Siapa yang tidak mengenali seorang yang senang bergaul , mudah baso dan senang kiro. Di mana saja ada masalah beliau sentiasa muncul dan menampakkan muka serta bersedia membantu seadanya. Keadaan ini berbeza dengan kepimpinan UMNO payah nak tunjuk muka dan kelihatan dengan sifat kebesaran dan pilih bulu. Membantu kelihatan tidak ada keikhlasan dan harapkan balasan sokongan. Lebih hebat lagi suka dipuji dan dijadikan bahan tukang bodek dengan spandok besar dan gah.

YB Wan Hassan kelihatan ada membuat’ home works’ sebagai seorang wakil rakyat. Program mendekati golongan tua, kaum ibu dan belia di Dun Semerak  serta warga Semerak di luar Kelantan sentiasa di adakan. Justeru itu pengundi di Dun Semerak berasa keberadaan dan kelihatan ada beliau sepanjang masa. Mereka berasa YB Wan Hassan sentiasa bermain dibibir dan ada dihati mereka.

Perkara ini dibantu dengan pendekatan penggunaan media sosial untuk berinteraksi dengan pengundi Semerak terutama pengundi dikalangan orang muda yang celik IT.Media sosial digunakan dengan maksimum memaparkan aktiviti PAS di DUN  Semerak dan di luar Kelantan. Keupayaan media sosial ini menjadi satu media untuk mewar-war aktiviti PAS di Dun Semerak.

Aktiviti PAS di Dun Semerak bersifat kemasyarakatan, ekonomi dan keagamaan.Meskipun dalam kelompok kecil tetapi menjurus kepada sasaran iaitu pengundi termasuk pengundi baru yang terdiri dari generasi muda. Tidak menggunakan peruntukan besar  tetapi impak lebih besar serta dapat meningkat sokongan generasi muda kepada PAS.

Keadaan ini berbeza dengan UMNO yang melaksana aktiviti kelihatan hebat tetapi impaknya seperti membuang garam ke laut. Kehadiran berdasarkan kerahan yang tidak melibatkan pengundi. Cuma melibatkan penyokong yang tidak dapat mengundi dan membelanja pulak peruntukkan yang besar. Aktiviti yang dilaksana tidak berkesan yang ibaratkan menghabiskan beras sahaja. Sebab itu UMNO/Barisan Nasional boleh kalah di Dun Semerak.

Apatah lagi pendokong UMNO terdiri dari kaki ampu dan bodek.Kalau dia pegawai kerajaan bekerja untuk dapat naik pangkat.Umpama mereka di  kalangan warga pendidikan hanya berpura-pura sokong perjuangan UMNO sebaliknya mementingkan diri sendiri.Suka buat fitnah dan menyebar surat layang memburuk rakan-rakan pendidik kalau mereka ini menjadi pesaing mereka.

 Mereka bersama UMNO hanya untuk dapat memegang jawatan di JPN, di PPD Pasir Puteh dan di sekolah.Berjuang untuk UMNO kelihatan hebat tetapi UMNO kalah di DUN Semerak.Sebab mereka tidak ada semangat  dan tidak ada keikhlasan dalam perjuangan.Suka main wayang kulit dengan memegang watak Wak Long dan Pak Dogol. Raja Laksamana jadi mangsa tumpas.

Budaya ini jika masih ada jangan harap PAS tumpas PRU Ke 13 di Dun Semerak.


No comments:

Post a Comment